Kelebihan Pelaburan Secara Syariah Public Mutual


1) Pengurusan dana yang profesional

Unit amanah atau unit trust patuh syariah diuruskan berlandaskan kehendak syariah oleh pengurus dana professional yang diluluskan.

2) Keuntungan tinggi

Keuntungan dari 8%sehingga 20% setahun. (rujuk di bawah)


(klik pada graf untuk paparan lebih jelas)


3) Kepelbagaian

Unit amanah atau unit trust patuh syariah membantu anda mempelbagaikan pelaburan-pelaburan anda dalam sebuah portfolio pelbagai sekuriti patuh syariah bagi meminimumkan risiko dan kemeruapan.

4) Pertumbuhan modal/aliran pendapatan

Unit amanah atau unit trust patuh syariah memberi anda peluang untuk menikmati pertumbuhan modal dan/atau aliran pendapatan sebagai pulangan pelaburan anda.

5) Berlandaskan kehendak syariah

Jawatankuasa syariah yang dilantik akan memastikan operasi dan pelaburan dana-dana adalah mengikut kehendak syariah.

6) Pendedahan pelaburan

Unit amanah atau unit trust patuh syariah membolehkan anda mempelbagaikan pelaburan-pelaburan anda dan menikmati pendedahan kepada kelas-kelas aset patuh syariah dan/atau negara-negara yang berlainan.

7) Kecairan

Unit amanah atau unit trust patuh syariah membenarkan anda membeli dan menjual pelaburan anda dengan senang dan pada bila-bila masa.

8) Kemudahan dan kemampuan

Anda boleh memulakan pelaburan dengan hanya RM1000 dan pelaburan tambahan minima sebanyak RM100.

9) Pengawalan
Unit amanah atau unit trust adalah dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk melindungi kepentingan para pelabur.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS